Followers

Sunday, December 25, 2011

Tips menghadapi hari pertama tadika or taska.


  • Bawa anak ke tadika/taska sebelum sesi persekolahan bermula jika berpeluang.
  • Ceritakan pada anak tentang alam persekolahan yang bakal dilaluinya.
  • Bawa anak-anak bersama membeli alat tulis dan buku-buku.
  • Biasakan anak dengan rutin harian yang bakal mereka lakukan sepanjang waktu persekolahan.
  • Bacakan anak buku dan ceritakan padanya tentang aktiviti hari di tadika/taska dan beritahu ada kanak-kanak yang takut pada hari pertama persekolahannya.
  • Terapkan dalam diri anak bahawa tadika/taska adalah tempat yang menyeronokkan.
  • Sekiranya ingin meninggalkan anak di tadika/taska, beritahu dia dan terus tinggalkan. Jangan tipu anak mengatakan kita nak balik tapi sebaliknya kita masih disitu kerana khuatir anak akan ternampak dan menganggap kita menipu.
Selamat mencuba..

Saturday, December 24, 2011

Tips umur sesuai hantar anak ke taska or tadika

Salam ibubapa,

Saya nak kongsikan pendapat ini berdasarkan pengalaman saya.

Untuk anak-anak 3-4 tahun biasanya kalau di TASKA dan TADIKA
mereka cuma main sambil berlajar (PLAYSCHOOL). 
Sepatutnya pada usia ini mereka tidak perlu 
dibebankan sangat untuk belajar. 

Anak-anak biasanya diajar dengan cara yang 
menyeronokkan- menyanyi, melukis, mewarna dan 
aktiviti luar seperti "waterplay". Bagi kanak-kanak bermain 
adalah WAJIB untuk perkembangan mental dan fizikal 
mereka.

Umur 3-4 tahun bagi saya sesuai cuma kena 
pastikan adakah korikulum TASKA @ TADIKA itu sesuai. 
Ada sesetengah TADIKA cuma ingin mengekalkan 
standard mereka dengan MEMAKSA kanak-kanak 3-4 tahun 
belajar membaca (sebenarnya menghafal). Kemudian, ia dijadikan 
testimoni untuk perents lain.

TASKA pula lebih kepada pusat penjagaan
dan pengajaran. Kanak-kanak sebenarnya lebih cepat 
belajar di dalam suasana yang tenang dan lebih 
'relaxing'. TASKA juga mempunyai korikulumnya 
sendiri tetapi tidak se "rigid" seperti TADIKA. 
Ia lebih kepada pembentukan rohani dan jasmani anak-anak.


Ibubapa perlu juga melihat kepada anak itu sendiri, 
samada dia sudah bersedia atau belum. 
Kalau dia dah menunjukkan minat yang mendalam kepada 
pelajaran, maka boleh cuba hantar dia ke TASKA @ TADIKA yang sesuai.

Ada ibubapa kata:

"saya dah hantar anak ke taska start tahun ini.tapi
ada cakap-cakap yang macam kurang senang sebab 
hantar anak ke sekolah awal sangat kata diorang."

Ayat itu biasa saya dengar. Anak saya yang 
sulung dulu boleh membaca pada usia 4 tahun. 
Dan dengan lancar pada usia 5 tahun. 
Dia memang menunjukkan minat yang sangat mendalam untuk membaca. 
Sekarang dia dah tahun 2. Semasa dia dalam Tahun 1, 
saya sangat terkejut melihat tahap kesemua 
pelajaran dia. Mereka disuruh membuat ayat
berdasarkan sepatah perkataan. Begitu juga 
pelajaran Matematik dan lain-lain. Rasanya, masa saya dulu, 
Tahun 1 memang belajar ABC je tapi dia dah sampai buat ayat.
Kesimpulannya, elok dedahkan awal-awal untuk
proses persediaan. Walaubagimanpun, pada 3-4 tahun jangan dipaksa. 

Walau apapun pilihan Ibubapa, pastikan anak yang suka bukan kita yang suka.
TASKA @ TADIKA itu tak semestinya yang bernama GAH dan BOOM.
Kadang-kadang TADIKA @TASKA yang sederhana lebih baik. Sebaik-baiknya Islamic.

Good luck

Wednesday, December 21, 2011

PENGUMUMAN kepada Ibubapa/Penjaga. Minggu Pendaftaran Tadika Khalifahku Bestari untuk kemasukan 2012 akan diadakan pada 29 & 30 Disember 2011 akandatang( Khamis & Jumaat ). Urusan pendaftaran, pembayaran yuran dan pembelian uniform boleh dibuat pada hari tersebut. Bagi yang telah menghantar borang tetapi belum menyerahkan salinan sijil kelahiran & gambar anak,diharap dapat menghantarnya pada hari tersebut. Sekian ,harap maklum. Terima Kasih.

KENANGAN SUKANEKA & HARI KELUARGA TKB 2011





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...