Followers

Wednesday, July 27, 2011

Tips Melatih Anak Berpuasa Di Bulan Ramadhan

1.       Mula  dari usia 3-5 tahun. Tiada paksaan.
2.       Puasa sekerat hari, kalau mereka larat, puasa penuh.
3.       Minta kerjasama dengan guru tadika atau taska dengan memaklumkan bahawa anak kita puasa. Pesan pada guru “Jangan diberi makan dan minuman selagi mereka boleh bertahan”.
4.       Kejutkan mereka bangun sahur, kalau mereka mengantuk atau tak larat, dukung mereka ke meja makan dan suapkan mereka. Pastikan mereka diberi minum air kosong yang banyak, bukan air manis atau ais.
5.       Bagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa hendaklah mereka diberikan kelonggaran untuk berpuasa pada tempoh waktu persekolahan dan berbuka apabila sampai ke rumah pada waktu tengah hari (petang), ataupun sebaliknya berpuasa hanya di rumah setelah pulang dari sekolah.



6.       Bila anak berpuasa, jangan tunjuk makanan atau minuman yang boleh mengkecurkan air liur mereka.
7.       Bila  anak mengeluh lapar dan dahaga, pujuk mereka baik-baik, minta mereka bersabar.
8.       Selalu puji mereka dengan mengatakan mereka anak yang soleh, anak yang baik, anak yang kuat, anak yang power atau apa saja.
9.       Tanya mereka apa yang mereka nak makan dan minum bila buka puasa nanti.
10.   Masak atau beli makanan atau minuman kesukaan mereka bila mereka berpuasa sebagai ganjaran dan galakkan.
11.   Selepas tengahari membawa ke petang adalah masa genting. Mereka akan mula meminta berbuka puasa. Disini kebijaksanaan ibubapa untuk memujuk mereka meneruskan puasa.
12.   Sibukkan mereka dengan aktiviti seperti menonton rancangan berfaedah di TV,  melukis, membaca atau tidurkan mereka.
13.   Selepas asar, mandikan mereka dan pujuk mereka waktu untuk berbuka puasa dah hampir.
14.   Minta kerjasama suami untuk membawa anak berpusing-pusing atau berjalan-jalan keliling rumah/taman sebelum waktu berbuka. Tujuan ini adalah untuk melengahkan masa dari mengingati lapar dan dahaga.
15.   Suami boleh bawa mereka ke kedai untuk membeli makanan atau minuman yang mereka suka untuk berbuka nanti. Tunaikan apa saja yang mereka minta melainkan makanan yang tidak berkhasiat.
16.   Elakkan makan minum depan anak-anak ketika ibu-ibu datang bulan.
17.   Beri ucapan tahniah, peluk cium dan sayang mereka walaupun berapa jam pun mereka berpuasa.
18.   Ini  semua latihan untuk berpuasa saja, janganlah serius sangat.
19.   Amat digalakkan anak berpuasa penuh pada hari pertama mereka berpuasa. Insyallah, hari-hari seterusnya mereka akan berpuasa dengan sendiri.


20.   Jangan lupa beri mereka ganjaran sebagai hadiah berpuasa di Hari Raya nanti. Insyallah, mereka akan sentiasa menanti bulan ramadhan  dengan penuh gembira dan tidak sabar-sabar berpuasa.
21.   Ibubapa  mesti memastikan anak-anak  mendapat cukup makanan dan minuman sewaktu di malam hari. Sentiasa pastikan mereka makan dan minum dengan bilangan yang sedikit tetapi kerap.
22.   Ibubapa akan penat sikit dalam melatih mereka berpuasa tetapi berbaloi. Satu kepuasan yang tidak terhingga kerana berjaya mendidik anak berpuasa.
23.   AMARAN! JANGAN SEKALI-KALI BERTANYAKAN ANAK “NAK BUKA PUASA KER?” ATAU “LARAT LAGI KER?” ATAU seumpama dengannya. Goyah imannya.

Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur





























































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...