Followers

Tuesday, May 24, 2011

Anak tidak mendengar arahan?

"Cikgu, saya dah tak tahu nak buat macammana dengan asyraf(bukan nama sebenar) ni. Dia bila kita bagi arahan langsung tak faham. Kita suruh dia ambil apa-apa pun dia buat tak tahu je. Kalau solat pun, saya yang terpaksa pegang kepala dia untuk bagi salam. Kalau saya tak betulkan kepala dia, dia akan tetap pandang kiri sampailah baca doa. Nak buat macammana kak, risau saya tengok dia." Cikgu kelas meluahkan kebimbangannya kepada saya.

Aduan-aduan sebegini memang selalu saya terima. Guru-guru memang selalu berbincang dengan saya jika ada pelajar-pelajar yang bermasalah.

Pelajar-pelajar sebegini selalu kami temui. Kadang-kadang masalahnya biasa, ada juga yang kritikal. Keadaan ini berlaku biasanya ada beberapa faktor.

  1. Pelajar ini tidak memahami arahan tersebut.
  2. Pelajar tidak mendengar arahan yang diberikan (mungkin suasana bising atau tidak memberi tumpuan)
  3. Pelajar tidak mengetahui bahawa apa yang dikatakan oleh guru tersebut adala satu arahan yang perlu dilaksanakan.
Faktor-faktor ini pula mungkin berpunca dari sebab-sebab berikut:

  1. Tiada pendedahan mengikut arahan di rumah atau di tempat asuhan.
  2. Anak-anak terlalu di'manja'kan- terlalu membantu anak-anak menyebabkan anak-anak tidak boleh berdikari.
  3. Tidak dapat memberi tumpuan atas apa yang telah dikatakan.
  4. Tiada keyakinan diri kerana hasil kerja atau usahanya sering diperlekehkan oleh orang sekeliling

Masalah tidak dapat mengikut arahan ini adalah sesuatu yang kurang baik untuk perkembangan anak-anak. Antara kesan-kesannya ialah :

  1. Tidak berdikari - semua yang hendak dilakukan memerlukan bantuan orang sekeliling.
  2. Tiada keyakinan diri - kerap membetulkan apa yang telah dibuat (contohnya: memadam tulisan berulang kali walaupun apa yang ditulis itu betul) atau tidak berani melakukan apa-apa tugasan.
  3. Tidak faham arahan- maka menyukarkan proses pembelajaran kerana dalam sesi pembelajaran itu pastinya ada arahan-arahan contohnya 'warnakan gambar dibawah dengan warna hijau'.
Masalah ini sebenarnya akan melambatkan proses pembelajaran anak-anak. Mengikut pengalaman saya, pelajar-pelajar sebegini akan sedikit terkebelakang berbanding rakan-rakan. Walaubagaimanapun, ia masih boleh diperbaiki.  Jadi apa yang perlu kita sebagai ibubapa atau guru lakukan? Saya ada beberapa cadangan bagi mengatasi masalah ini.

  1. Latih si kecil untuk mengikut arahan-arahan mudah. Sebagai contoh: "Afiq, tolong ambil buku tu.", "Aina, tolong susun kerusi ni." Arahan seperti ini perlulah kerap. Pastikan anak-anak melaksanakan arahan tersebut. Jika dia masih kelihatan kaku, tunjukkan bagaimana nak ambil buku itu, kemudian letak semula dan suruh pelajar itu ambil. Buat berulang kali sehingga dia peka dengan arahan dan boleh mengikutnya.
  2. Jika anak tersebut tidak memberi tumpuan tentang apa yang kita suruh. Letakkan dia di atas paha anda dan katakan kepadanya arahan kita tadi. Ulang beberapa kali dengan jelas, kemudian minta dia lakukan. Perkara sebegini perlulah dilatih sehingga anak ini mudah menerima dan melaksanakan arahan kita.
  3. Jangan marah atau membebel. Jika kita berbuat demikian ia hanya akan memenatkan kita dan menghilangkan mood anak itu dan juga mood kita. Anggap sahaja yang dia belum faham apa yang kita nak dia lakukan. Hanya ulang arahan tersebut dan tunjukkan bagaimana dia dapat buat perkara itu.
  4. SABAR! Jika anak itu tidak mengikut arahan anda sekalimaka sabar, ulanglah lagi. Jika anak itu tak mengikut arahan anda 10 kali maka sabar, ulanglah lagi. Jika anak itu tidak mengikut arahan anda 100 kali maka sabar, ulanglah lagi. Jika anak itu tidak mendengar arahan anda1000 kali maka sabar, ulanglah lagi. Tak kira berapa kali anda ulang arahan itu, maka sabarlah, satu hari nanti dia pasti akan faham dan melaksanakannya. Jadi SABAR lah! Insya Allah usaha anda pasti akan ada ganjaran disisi Allah.

Wallahua'lam...

Tuesday, May 17, 2011

Aktiviti Hari Guru @ TKB

Terima kasih cikgu...

Bersemangat anak-anak ini membuat banner utk cikgu...

sesi berposing...

Jangan tengok je...tulislah nama masing2...

Terima kasih pada Puan Nadia, mama Aisy yang sudi menghadiahkan kek buat cikgu2...

Potong cikgu...anak murid dah tunggu tu...

Siap suda...ginila rupanya banner yang dah siap...Terharu cikgu...

Anak murid beri hadiah pada cikgu...

Cikgu pulak bagi hadiah sempena pertandingan mewarna...


Sesi bagi penghargaan pada cikgu2 oleh Guru Besar...






Monday, May 16, 2011

Guru Kita.

Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua yang bergelar guru..

Bila kita sebut hari guru, mesti kita bayangkan guru-guru tadika kita, guru-guru sekolah rendah kita, guru-guru sekolah menengah kita, pensyarah-pensyarah kita. Sedangkan ramai lagi manusia lain yang pernah jadi guru kita tapi kita tak ingat pun kepada mereka.

Mak kita yang mengajar kita memasak dan menjahit itu adalah guru kita.

Ayah yang mengajar kita menunggang basikal juga guru kita

Kakak yang mengajar kita mengemas rumah adalah guru kita

Abang yang mengajar kita lumba lari adalah guru kita

Kawan-kawan yang bantu kita ketika kita tak berapa faham pelajaran dalam kelas pun adalah guru kita

Nenek yang mengajar adab sopan adalah guru kita

Atuk yang bercerita tentang sejarah adalah guru kita

Bahkan anak kecil yang kadang-kadang menegur kesalahan kita juga adalah guru kita

Ramai di keliling kita adalah guru kita...

tetapi jarang sekali kita menghargainya...

Guru tidak hanya kepada yang bergelar guru secara rasminya...

tetapi orang-orang disekeliling kita juga guru kerana merekalah yang mengajar kita erti kehidupan...

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA YANG PERNAH SINGGAH DALAM HIDUP KITA, WALAUPUN AJARANNYA HANYALAH CARA MENGIKAT TALI KASUT!

Saturday, May 14, 2011

Manusia Sebagai Khalifah

Makna Khalifah
Khalifah ialah seseorang yang menjalankan peranan sebagai wakil Allah di mukabumi, perintah Allah dengan menggunakan kuasa dan keupayaan yang telah Allah berikan. Adalah menjadi satu penghormatan kepada kita kerana dipilih sebagai khalifah Allah. Sebagai khalifah, kita perlu:

1. Menyempurnakan Diri Sendiri - menjadi seorang muslim yang mengikut syariah Allah.
2. Menyempurnakan Sesuatu Masyarakat - ke arah kehidupan yang bercirikan islam dan diredhi Allah.
3. Menyempurnakan Alam Sekeliling - menjadi sebuah taman syurga yang diredhai Allah.

Ibubapa mesti betul-betul memahami makna khalifah untuk mendidikan anak-anak supaya anak-anak dapat memahami dengan jelas peranan mereka sebagai khalifah Allah S.W.T

  • Ibubapa mesti bantu anak-anak memahami bahawa adalah satu penghargaan besar kepada manusia kerana dipilih oleh Allah untuk menjadi khalifahNya.
  • Anak-anak mesti betul-betul faham bahawa kemenangan atau menjadi 'Hero' bererti berjaya melawan nafsu jahat dan pengaruh syatian yang sentiasa menggoda dalam kehidupan harian kita.
  • Kita tidak mahu kalah pada syaitan dan nafsu jahat pada bila-bila masa.

Ibubapa boleh menerangkan makna khalifah kepada anak-anak yang sangat kecil. Beritahu mereka....
  1. Sebelum Allah menjadikan kita, Allah telah menjadikan semua benda lain.
  2. Allah menjadikan matahari, bulan, bintang, bumi kita.
  3. Allah menjadikan udara yang kita sedut dan air yang kita minum.
  4. Allah menjadikan semua tumbuhan dan semua binatang.
  5. Allah menjadikan semua ini supaya apabila Allah mencipta nabi Adam A.S dan semua manusia termasuk kita, akan ada tempat yang indah untuk kita hidup.
  6. Allah menjadikan kita lain dari semua benda dengan memberi akal kepada kita.
  7. Allah menjadikan kita istimewa sebab Allah sangat menyayangi kita.
  8. Allah menjadikan kita istimewa sebab Allah memberikan tugas yang sangat besar untuk kita lakukan.
  9. Allah menjadikan kita KhalifahNya dan ini bermakna menjadi amanah kita untuk melaksanakan semua suruhan Allah.
  10. Allah lebih mengetahui daripada sesiapapun, apa yang baik dan apa yang buruk.
  11. Allah ingin kita belajar daripadaNya dan RasulNya apa yang baik dan apa yang buruk.
  12. Allah hendak kita menyayangi semua yang baik dan menjauhi diri daripada perkara yang buruk.
  13. Allah hendak setiap orang membuat semua perkara baik dan tidak langsung melakukan perkara buruk.
  14. Allah hendak kita membantu orang lain untuk memahami apa yang baik dan apa yang buruk.
  15. Allah hendak kita menjaga dunia kita supaya sentiasa indah.
  16. Allah hendak ibubapa menolong anak-anak memahami apa yang baik dan apa yang buruk.
  17. Kita rasa sangat gembira kerana Allah menugaskan kita tanggungjawab yang sangat penting.
  18. Walaupun kadang-kadang kita rasa kerjanya susah tetapi pasti seronok bila kita lakukannya sebagai Khalifah Allah.
  19. Jika kita menjalankan kerja sebaik-baiknya sebagai Khalifah Allah, dunia ini akan menjadi sebuah tempat yang paling istimewa untuk kita dan seterusnya menjadi seperti sebuah syurga idaman semua.

Thursday, May 5, 2011

Aktiviti Sepanjang Bulan April Ini....



Selamat Hari Lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki

Selamat Hari Lahir 

"A-p B-day 2 u...."

Lawatan pemeriksaan pergigian kali ke-2 

'Tolong buka mulut besar-besar ya...senang saya nak periksa''

'Saya gosok gigi 3 kali sehari....awak macam maner?

Pertandingan Hafazan Surah, Azan dan Iqmah
Bacan doa pembuka majlis oleh Iman Masjid Segamat Baru, Tn. Hj. Abdullah Bin Omar

Antara ibubapa dan penjaga yang hadir menyerikan majlis

Persembahan pembukaan oleh pelajar TKB

Ucapan kata-kata aluan oleh guru besar TKB

Peserta cilik yang menyertai pertandingan.

Yang menang dan tidak berjaya turut mendapat hadiah....Syabas dan Tahniah


Jangan malu-malu dan segan...

Gambar untuk kenang-kenangan... Senyum..
Selamat Menyambut

 

&




     Hari Ibu                  Hari Guru 
 (8 Mei 2011)           (16 Mei 2011)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...