Followers

Tuesday, April 19, 2011

Peti Cadangan


Pihak Tadika Khalifahku Bestari mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan penambahbaikan berkaitan perkembangan dan pembelajaran pelajar daripada ibubapa dan juga pengunjung blog.



Jemputan Majlis Pertandingan Hafazan Surah, Azan dan Iqamah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dan Salam Sejahtera

WARGA KERJA TADIKA KHALIFAHKU BESTARI

Dengan segala hormatnya mengundang tuan/puan ______________________________________ sekeluarga ke Majlis Pertandingan Hafazan Surah, Azan dan Iqamah.

Pada hari SABTU, 23 April 2011 bersamaan 19 Jamadil Awal 1432H
Di Tadika Khalifahku Bestari, No. 89, Jalan Putra 2/23, Bandar Putra, Segamat.

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi majlis ini.
Terima Kasih



DENDA (HUKUMAN)


DENDA merupakan cara paling biasa digunakan oleh ibubapa untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. Tetapi  pendekatan ini adalah kurang sesuai dan tidak digalakkan walaupun ia nampak berkesan untuk memberhentikan atau mengurangkan sesuatu tabiat buruk. Denda membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan dan hanya patut digunakan sebagai jalan terakhir bagi menangani sesuatu tabiat buruk selepas ke semua langkah pemantapan positif telah gagal.
                Rasulullah (s.a.w.) sendiri tidak pernah memarahi atau meninggikan suara terhadap kanak-kanak semasa ingin menasihati mreka. Baginda sering berlemah-lembut dalam percakapannya dengan kanak-kanak. Satu hadith dari Sunan Abu Dawud: Seorang sahabat Nabi pernah berkata, Semasa saya kecil, Saya suka menjatuhkan buah kurma dengan membaling batu pada pohon kurma. Pada suatu hari, ada seseorang (Rasulullah s.a.w.) yang mendukung saya dan menasihati saya agar memungut buah kurma yang jatuh dari pohon dan bukan menjatuhkannya menggunakan batu. Dia kemudiannya mengusap kepala saya dan memohon rahmat untuk saya.
                Rasulullah (s.a.w.) selalu beramah mesra dengan kanak-kanak dan tidak pernah memukul walaupun seorang kanak-kanak (mahupun wanita) di sepanjang hidupnya. Rasulullah (s.a.w.) banyak mengamalkan konsep pemberian ganjaran dan bukannya pemberian denda dalam hal mendisiplin kanak-kanak.
               
Kenapakah denda tidak berkesan untuk membentuk tabiat positif jangka panjang?
1.       Denda cuma berkesan jika ia menjadi ancaman kepada anak-anak. Kalau denda itu bukan lagi merupakan ancaman, anak-anak akan teruskan dengan tabiat negatif mereka.
2.       Denda mendatangkan perasaaan marah dan benci dalam anak-anak kepada orang yang mendendanya.
3.       Anak-anak akan cuba menyembunyikan perkara negatif yang dilakukannya untuk mengelak daripada didenda. Dia masih lakukan perkara negatif cuma dia sembunyikan daripada ibubapa.
4.       Denda cuma memuaskan hati orang yang mendenda.
5.       Kanak-kanak akan mempelajari bahawa denda adalah cara bagi menyelesaikan masalah dan ini akan memberi kesan terhadap interaksi mereka dengan orang lain. Kanak-kanak akan membesar dengan konsep ini.

Terdapat 2 jenis denda:
1.         Melakukan sesuatu yang tidak disukai anak-anak (contoh: memarahi, memukul)
2.         Menidakkan sesuatu yang disukai anak-anak (contoh: melarangnya menonton TV)

Cara terbaik melakukan denda.
1.       Terangkan kepada anak kita secara lembut apakah kelakukan mereka yang melampaui had dan mengapakah ia mungkin membawa padah.
Kaedah:
a.       Kita tidak semestinya menyatakan atau menerangkan tabiat buruknya, sebaliknya, kita boleh terangkan bahawa kita menyukai kelakuan baik yang diamalkannya.
b.      Jangan memberi terlalu banyak perhatian kepada perkara buruk anak kerana ia mungkin berubah menjadi suatu cara untuk anak tersebut menarik perhatian kita.
c.       Jangan sekali-kali memalukan anak di hadapan orang lain. Seelok-eloknya nasihati anak dalam suatu suasana yang mesra dan peribadi.
2.       Denda yang kedua iaitu menidakkan sesuatu yang disukai anak-anak. Apabila nasihat yang diberi tidak membawa sebarang perubahan, kita boleh mengambil langkah seterusnya dengan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang disukai mereka. Contohnya, jika anak suka bermain basikal di waktu petang, kita boleh melarangnya bermain basikal selama seminggu bermula dari hari dia membuat kesalahan dan terangkan kepadanya kenapa kita berbuat demikian.
3.       Jika semua usaha yang lain gagal dan anak-anak masih meneruskan kelakuan buruknya, hukuman fizikal mungkin menjadi perlu (Ingat! Ini adalah jalan terakhir dan tidak disyorkan).

Syarat hukuman fizikal:
a.       Jangan memukul semasa marah.
b.      Jangan pukul di bahagian muka, dada atau perut.
c.       Jangan pukul lebih dari 3 kali.
d.      Jangan pukul sampai luka, lebam atau bertanda.
e.      Merotan cuma sebagai simbolik dan bukan yang menyebabkan kesakitan atau mencederakan.

    Tuesday, April 12, 2011

    GANJARAN

    1. Apakah jenis-jenis ganjaran?
    • Kata-kata pujian.
    • Kata-kata perangsang.
    • Memberikan perhatian dan pengiktirafan kepada perkara-perkara baik yang anak-anak lakukan serta memberitahu mereka penghargaan kita.
    • Kadang-kala ganjaran diberi dalam bentuk hadiah.

    2. Bilakah waktu yang terbaik untuk kita memberi ganjaran?

    Ganjaran paling berkesan apabila diberi sebaik sahaja kita dapati anak kita melakukan kebaikan. Oleh itu, kita haruslah sentiasa memberi perhatian kepada setiap perkara baik yang dilakukan oleh anak kita.

    3. Bagaimanakah caranya kita memberi ganjaran?
    • Beritahu kepada anak kita kebaikan yang telah dilakukannya.
    • Bei pujian secara ikhlas dan lemah lembut.
    • Pelbagaikan cara pujian itu diberi. Elakkan daripada menggunakan kata-kata yang sama setiap masa.
    Contoh ungkapan yang boleh digunakan:
    • Baguslah bila Nabia tak menjerit.
    • Gembira mak tengok anak mak rajin belajar.
    • Terima kasih kerana tidak mengusik adik
    • Kita rasa seronok bila semua orang suka kita.
    • Ayah suka bila bilik Omar sentiasa kemas begini.
    • Syukur mak, anak mak tak suka lepak.
    • Allah sayang orang yang tidak berbohong.

    KISAH OMAR DENGAN ADIKNYA: Cara memberi ganjaran

    Anak perempuan anda terjatuh ketika sedang bermain dan mengalami sedikit kecederaan pada lutunya lalu menangis. Anak lelaki anda, Omar apabila ternampak sahaja adiknya jatuh terus meluru kepadanya dan mengangkat serta mententeramkannya. Anda yang sedang memerhatikan apa yang berlaku harus dapatkan omar segera dan berikan kata-kata pujian seperti "bagus betul Omar tolong adik tadi. Bertuah mak dapat anak yang sayangkan adiknya. Allah akan kasih pada Omar kerana tolong dik".

    Perkara-perkara yang perlu diingat........
    1. Berikan pujian sebaik sahaja selepas anak anda melakukan sesuatu perkara yang baik.
    2. Beritahu anak anda secara khusu perkara baik yang telah dilakukannya.
    3. Beri pujian dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.
    4. Pelbagaikan cara anda memuji anak anda. Jangan guna ungkapan yang sama setiap kali anda memuji.


    Wednesday, April 6, 2011

    Aktiviti Sepanjang Bulan Mac Ini....


    Ceramah Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
    "Murid-murid mestilah berwaspada dengan orang yang kita tidak kenali, ya!" 
    "Siapa yang nak jadi polis, angkat tangan!"
    Bersama dengan penceramah, Sarjan Zainul (IPD Segamat)
    "Selamat Hari Jadi Elya Natasha"
    Wah! Ibu tolong suapkan la....

    "Selamat Hari Jadi Muhammad Arif"

    Minum petang bersama-sama.
    "Jom kita naik bas"
    "Bestnya naik bas"
    "Mari kita duduk sama-sama"

    Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat
    Sesi taklimat
    "Murid-murid sekelian...Tahukah?... Apa itu api?"
    "Siapa pernah naik bot atas darat?"
    "Cikgu tak terasa nak naik bot ke?"
    "Saya nak cari sukarela...siapa yang berani?"
    "Macam ini la kita perlu buat sekiranya baju kita dijilat api"
    Menaiki jentera bomba
    Sesi latihan kebakaran oleh para guru.
    Padam jangan tak padam cikgu....
    Bakal-bakal ahli bomba masa depan

    Sesi bermain air beramai-ramai...

    Amboi seronoknya....
    Penat tapi seronok....

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...