"ANAK saya tak macam anak orang lain. Terlalu aktif, sehingga
sukar dikawal," begitu luahan seorang ibu mengenai anak
lelakinya yang termasuk dalam golongan kanak-kanak hiperaktif.
Ramai ibu bapa sukar memahami perlakuan anak hiperaktif
sukar dikawal," begitu luahan seorang ibu mengenai anak
lelakinya yang termasuk dalam golongan kanak-kanak hiperaktif.
Ramai ibu bapa sukar memahami perlakuan anak hiperaktif
sedangkan ini amat penting bagi membantu ibu bapa
mengendalikan anak mereka dengan baik.
Anak hiperaktif sukar duduk diam, kurang memberi tumpuan
Anak hiperaktif sukar duduk diam, kurang memberi tumpuan
kepada sesuatu perkara dan bertindak spontan mengikut
kehendak hati serta sukar mengasingkan maklumat yang diterima.
Ibu bapa yang memiliki anak hiperaktif tidak seharusnya kecewa
Ibu bapa yang memiliki anak hiperaktif tidak seharusnya kecewa
atau menyesal mengenainya, sebaliknya bersyukur dan
menganggapnya suatu anugerah dan ujian daripada Allah SWT.
Anak hiperaktif sangat aktif daripada segi fizikal dan mental
Anak hiperaktif sangat aktif daripada segi fizikal dan mental
berbanding kanak-kanak lain. Ingatan mereka kuat, tetapi
kelemahan mereka adalah cepat bosan dan kurang memberi
fokus kepada sesuatu perkara yang akan menjejaskan ingatan
jangka panjang mereka.
Selain mereka lebih pintar dan lebih kreatif berbanding rakan
Selain mereka lebih pintar dan lebih kreatif berbanding rakan
seusianya, mereka bersifat berani. Inilah yang sering menjadi
kebimbangan ibu bapa kerana anak hiperaktif jarang
mempertimbangkan akibat tindakan yang dilakukannya sama
ada membahayakan dirinya atau orang lain.
Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif memerlukan pengawasan
Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif memerlukan pengawasan
rapi serta perhatian yang lebih daripada ibu bapa.
Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama
Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama
mereka untuk melayani kerenah yang kadang-kadang di luar
jangkaan dan memalukan.
Perkataan yang diungkapkan anak hiperaktif ditambah
Perkataan yang diungkapkan anak hiperaktif ditambah
dengan sifat umum kanak-kanak yang suka berterus terang
boleh memalukan rakan di dalam sesetengah keadaan.
Walaupun jika difikirkan, memang apa yang diperkatakan
Walaupun jika difikirkan, memang apa yang diperkatakan
mereka ada kebenarannya, tetapi kebiasaannya tidak berlapik.
Contohnya dengan kata-kata 'Eh, orang tu tak tutup aurat!' di
Contohnya dengan kata-kata 'Eh, orang tu tak tutup aurat!' di
hadapan seorang wanita Muslim, menjadikan ibu bapa malu
walaupun ia benar.
Kanak-kanak hiperaktif suka berkawan. Mereka cepat bosan
Kanak-kanak hiperaktif suka berkawan. Mereka cepat bosan
jika tiada kawan untuk berkomunikasi dan bermain. Ibu bapa
hendaklah menyediakan dan merancang aktiviti yang pelbagai
bagi mengatasi sifat cepat bosan mereka.
Berikut 10 panduan yang diambil daripada sumber www.blog.
Berikut 10 panduan yang diambil daripada sumber www.blog.
rahsiaanakpintar.com mengenai cara menangani anak hiperaktif.
1. Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikut
1. Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikut
kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tidak
terarah kepada perkara negatif.
2. Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak
2. Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak
hiperaktif kerana ada kalanya tindakan mereka membahayakan
diri sendiri. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif
sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.
3. Meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan
3. Meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan
mereka. Jangan sekali-kali menampakkan kebencian kita
terhadap mereka walaupun sikap dan tingkah laku mereka
kadangkala memalukan serta mencetuskan perasaan marah.
4. Bersabar dan tidak bertindak memukul mereka sekiranya
4. Bersabar dan tidak bertindak memukul mereka sekiranya
melakukan kesalahan atau melanggar peraturan yang kita
tetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional.
5. Tukar perkataan 'jangan' kepada ayat yang lebih mendorong
5. Tukar perkataan 'jangan' kepada ayat yang lebih mendorong
mereka mengikut arahan. Contohnya apabila mereka
berlari-lari di dalam rumah, biasanya ibu bapa akan menjerit,
"jangan lari", cuba tukarkan kepada perkataan "Farid, boleh
tak berjalan, kalau lari nanti jatuh". Apa yang penting, jangan
jemu memberi teguran.
6. Jangan mengungkap kata-kata negatif seperti "Kenapa la
6. Jangan mengungkap kata-kata negatif seperti "Kenapa la
kamu ni nakal sangat", "Bodoh" atau seumpamanya kepada
anak hiperaktif kerana kata-kata ibu bapa adalah doa kepada
mereka.
7. Pelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan. Ibu bapa
7. Pelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan. Ibu bapa
perlu kreatif untuk menyediakan aktiviti atau memberi tugas
mudah bagi menyibukkan mereka di dalam aktiviti yang
bermanfaat. Contohnya, pelihara ikan dan menanam bunga.
8. Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang
8. Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang
betul. Contohnya jika mereka bijak menghafal dialog di dalam
televisyen, ajak mereka menghafal ayat pendek di dalam al-Quran.
Hafaz ikut gaya iklan kegemaran atau ikut rentak nasyid
(untuk permulaan hafazan).
9. Usaha berterusan mendidik anak hiperaktif hendaklah
9. Usaha berterusan mendidik anak hiperaktif hendaklah
dilakukan tanpa jemu walaupun ia lebih sukar dan mencabar
berbanding kanak-kanak lain. Jangan berputus asa.
10. Dapatkan nasihat pakar sekiranya tahap hiperaktif anak
10. Dapatkan nasihat pakar sekiranya tahap hiperaktif anak
anda membimbangkan.
Semoga maklumat ini dapat digunakan bukan sahaja kepada anak
hiperaktif malah juga kepada anak lain.
sumber www.blog.rahsiaanakpintar.com