Followers

Monday, February 28, 2011

PERISTIWA SEMASA KELAHIRAN NABI MUHAMAD S.A.W

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-oleh seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tanganya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik". Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-hala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata,"Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui."

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda-tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dinaggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Thursday, February 24, 2011

Mini Maulidurrasul 1432H

Dear parents,

Date:          27th February 2011 (Sunday)
Venue:       Balai Islam Bandar Putra,Segamat.
Time:         8.00 am
Activities:  Procession, Nasyid and Lecture

Everyday we always remember our Nabi. 

But, we would like to take a special day to remind ourselves and 
our children all about Nabi Muhammad saw.

May this little activity be a beneficial experience for us all.


P/s: Let our children come in baju melayu 
(boys) and baju kurung with tudung (girls).


Thank you.

Wednesday, February 2, 2011

Sebulan d'tadika...

Sesi morning circle...

hai kawanku...kenapa kau menangis...? kita kawan nak?

        Praktikal solat setiap pagi Jumaat...

Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah...
Insya Allah...
 Sesi P & P di dalam kelas....

Khusyuk anak-anak mendengar ceramah tentang
penjagaan gigi dan mulut...

" Ok adik-adik semua...tengok macamana abang buat.
 Lepas ni adik-adik buat pulak..."

 " Adik buka mulut besar-besar macam ni ya...baru la
senang nak gosok..."

Terima kasih kepada ibubapa yang dapat meluangkan
masa hadir pada sesi ceramah pergigian kali ini...

Aksi anak-anak menggosok gigi...

" Gigi adik ok...cuma ada sebatang yang goyang..."

"Bagus adik ni...gigi cantik...mesti rajin gosok gigi ni.."

 Setiap pagi Rabu diadakan sesi senaman...

"Ikut cikgu 1...2...3..., 3  lagi"

 Saat yang paling disukai oleh anak-anak...

Indoor exercise..

"Angkat kaki tinggi-tinggi....", "Bagus..."

Happy birthday girls...

Tak sabar nak makan kek ni...nyum nyum...
" Eii...seronoknya sambut birthday dengan kawan-kawan..."

"Bismillahirrahmanirrahim....jom makan...!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...