Followers

Monday, October 25, 2010

HARI LAPORAN PRESTASI

Insya Allah dimaklumkan bahawa Hari Laporan Prestasi akan diadakan sebagaimana seperti butir-butir berikut:-

            Tarikh  : 4 November 2010
            Hari     : Khamis
            Masa   : 8.00 hingga 12.00 tengahari

Tuan/puan dijemput hadir ke tadika untuk mengambil Laporan Prestasi dan berbincang dengan guru berkaitan perkembangan dan pembelajaran anak tuan/puan.


Ibu.. Ayah.. Marilah Lihat Prestasi Saya...
PENDAFTARAN TELAH DIBUKA!!!
DAFTAR SEGERA!!!
TEMPAT TERHAD!!!!

Sesi 2011

Terbuka kepada kanak-kanak 3, 4, 5 dan 6 tahun.
Kami amat mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke tadika kami kerana pengambilan murid amat terhad.

Sunday, October 24, 2010

Hari Keluarga & Sukaneka 2010

 "Ini la Barisan Kita"

 "Maka Kami.......Berikrar"

 "Laju lagi adik"

 "Tengok depan dik"

 "Acara ikat kaki tiga oleh ahli keluarga"

 "Tiup jangan tak tiup"

 "Tempat pertama jatuh kepada pasukan......"

 "Caya la...."
""Banyak nye pingat"

Tadika Khalifahku Bestari


SEJARAH PENUBUHAN TKB
Tadika Khalifahku Bestari (TKB) merupakan sebuah tadika swasta milik persendirian. TKB telah ditubuhkan pada tahun 2009 didaftarkan di bawah Jabatan Pelajaran Johor (SRJ 2874).
     TKB  beroperasi di alamat No. 89, Jalan Putra 2/23, Bandar Putra, Segamat Johor seramai 3 orang tenaga pengajar yang mengajar di Tadika Khalifahku Bestari dengan dibantu 2 pembantu guru.

VISI TKB
·         Mendidik dan melahirkan pelajar yang mampu menguasai pembacaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Jawi di peringkat pra-sekolah.
·         Melahirkan insan rabbani yang seimbang di dunia dan akhirat.
·         Memupuk potensi diri dan menghormati kebolehan yang dimiliki oleh kanak- kanak.

OBJEKTIF TKB
Kanak-kanak di TKB diajar untuk mencapai potensi dalam semua aspek sosial, intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum kami memfokuskan kepada 4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul).

MUQADDIMAH
Tahukah anda, usia pembelajaran yang paling efektif bagi seseorang ialah dari usia 0 – 6 tahun. Menyedari akan keperluan pendidikan awal kanak – kanak di era globalisasi ini, kami terpanggil untuk sama- sama mendukung amanah ini dengan penubuhan tadika berkonsep  “ONE - STOP CENTRE” ini.


APA YANG ISTIMEWA DI SINI?
·         Kami menyediakan ko- kurikulum yang merangkumi aspek mental, fizikal dan spiritual serta mengikut silibus Jabatan Pendidikan Johor.
·         Kaedah pembelajaran menggunakan konsep Glen Domen dan Montessori; iaitu penggunaan flash card & alat Montessori bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
·         Konsep ‘ One - Stop Centre ‘ di mana semua kemudahan dan aktiviti berada di bawah satu bumbung. 


Kecemerlangan Anak Anda Bermula di sini…..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...