Followers

Monday, October 20, 2014

11 Permainan Untuk Anak Cepat Pandai

1) Ring Tower / Tower Blocks / Cup Tower.
Cuma susun yang besar bawah, kecik atas. Dan supaya dia boleh kenal saiz mengikut turutan yang betul. Dari aktiviti ni, anak akan dapat recognize saiz dan belajar camane nak buat tower yang seimbang. Selain ring tower, korang jugak boleh guna barang yang dah ada kat rumah macam cawan plastik atau mangkuk plastik untuk buat tower.


2) Colour Sorting
Aktiviti ini menggunakan apa sahaja benda yang berwarna dan suruh anak asingkan mengikut warna yang sama. Seperti yang kita semua tahu, bermain dengan warna adalah cara paling baik untuk merangsang minda anak. Kalau bermain dengan benda berwarna, anak nampak excited dan bersemangat.
Dia tak cepat bosan dan happy masa bermain. Dan menurut doktor, warna bagus untuk stimulate mata anak-anak
a) Fruit Fork.


b) Fur Balls


c) Batang Aiskrim Berwarna



3) Sorting beads
Aktiviti ini menggunakan hanya perlukan manik atau butang berbagai warna dan jenis. Longgokkan dalam pinggan dan suruh anak asingkan mengikut jenis atau warna. Benda kecik-kecik ni boleh stimulate fine motor skills anak dan latih anak untuk lebih fokus. Penglihatan dan pemikiran dia tajam, pergerakan tangan dia lebih lancar.


4) Shape Sorting



5) Penyepit baju.






6) Count the sea-shells



7) Bolts & Nuts


8) Melukis


9) ABC 123 Blocks.


10) Car track


11) Throwing the ball kids

Thursday, September 11, 2014

Kenali Apa Itu Tantrum?

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- Pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- Bisik kan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda.
4- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

*Kenali Apa Itu Tantrum?

Tantrum bermaksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" ialah suatu luapan emosi yang meledak-ledak sehingga tiada kawalan diri. Temper Tantrum seringkali muncul pada anak usia 15 bulan – 6 tahun. Tantrum biasanya terjadi pada anak yang hyper-aktif. Tantrum juga lebih mudah terjadi pada anak-anak yang dianggap "sulit", dengan ciri-ciri sebagai berikut:

1) Kanak-kanak tidak cukup tidur.
2) Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
3) Kekok dengan situasi baru atau orang yang dia tidak kenali.
4) Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
5) Emosi tidak tenteram (sering negatif).
6) Mudah marah dan mudah menangis.
7) Sulit dialihkan perhatiannya.

Tantrum termanifestasi dalam berbagai perilaku. Berikut adalah beberapa contoh perilaku Tantrum, mengikut peringkat usia:

Dibawah Usia 3 tahun
·Menangis
·Menggigit
·Memukul
·Menendang
·Menjerit
·Memekik-mekik
·Menghempaskan badan ke lantai
·Memukul-mukulkan tangannya
·Menahan nafas
·Menghentakkan kepala
·Melemparkan barang
·Menyangkung
·Memeluk tubuhnya

Usia 3-4 tahun
·Perilaku tersebut diatas
·Menghentakkan kaki
·Berteriak
·Meninju
·Membantingkan pintu
·Mengkritik
·Merengek

Usia 5 tahun keatas
·Perilaku-perilaku tersebut diatas
·Memaki hamun orang lain @ ibubapanya
·Menyumpah
·Memukul kakak @ adik @ kawan-kawannya
·Mengkritik diri sendiri
·Memecahkan barang dengan sengaja
·Mengancam
·Merungut
·Trauma @ fobia keatas sesuatu yang menekan emosi anak.

*FAKTOR PENYEBAB TANTRUM

Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya Tantrum. Diantaranya adalah seperti berikut:

1) Kehendak @ Keinginan Anak Di Halang
Setelah tidak berhasil meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka sianak mudah saja melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan mendesak ibubapanya agar memenuhi impiannya.

2) Ketidakmampuan anak mengungkapkan dengan perkataan
Kanak-kanak bawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Oleh itu, kondisi mereka yang masih tidak betah telah menekan emosi mereka menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan frustasi pada diri mereka dan disampaikan dengan sikap tantrum.

3) Pergerakan yang Terhad
Kanak-kanak yang hyper-aktif sudah biasa dengan pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya, ibubapa cuba mengawal pergerakan atau hadkan kelakuannya menjadi sopan dan bertertib, maka ini mewujudkan stress pada diri sianak. Untuk anak melepaskan stress, maka wujudnya tantrum. Sebagai contoh; anak hendak minum menggunakan gelas, ibu atau pengasuh tidak benarkan dan menggantikan dengan cawan plastik; sianak masih bertegas dengan keinginannya, maka telah wujud sifat amarah dalam dirinya dan untuk dia melepaskannya dia akan bersikap tantrum agar kehendaknya
diperbolehkan.

4) Asuhan Ibubapa
a. Terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tetiba ada keinginannya yang lain tidak diikutkan.
b. Asuhan yang tidak konsisten – tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk (tiada penjelasan diberikan). Apabila anak melakukan kesilapan dan secara tiba-tiba kita menegur dan menghukum, maka inilah komplikasi yang timbul dengan wujudnya tantrum.
c. Ibubapa bertelagah pendapat yang mana baik @ buruk untuk sianak.

5) Anak merasa penat, lapar atau dalam keadaan sakit.

6) Anak sedang stress
Samada anak penat dengan bebanan tugasan sekolah, dan lain-lain atau kerana merasa tidak aman (insecure).

7) Trauma @ Fobia
Anak diseksa atau pernah menyaksikan sesuatu yang ngeri atau diperkosa sejak kecil. Trauma yang melanda dirinya menjadikan emosinya tak tenteram. Kanak-kanak mengharapkan perlindungan yang aman. Apabila itu terjadi, dia beranggapan bahawa ibubapa tidak memberikan kasih sayang atau keamanan yang diharapkan. Maka dia akan tantrum untuk melepaskan tekanan yang melanda emosinya. Tantrum ini memakan masa untuk pulih dan akan terbawa sehingga dia dewasa.

Moga bermanfaat untuk kita menangani tantrum yang mungkin terjadi pada anak-anak kita. Sharing is caring

Wednesday, March 12, 2014

Tips Didik Anak Berhemah Berbelanja, Satu Perkongsian

Hari ini anak lelaki saya menangis apabila mendapati baki duit poketnya adalah yang paling sedikit, hanya 90 sen, dibandingkan dengan abang dan adiknya. Tangisannya bersebab. Ia adalah tangisan kesal yang sebaiknya berlaku sekarang daripada hari kemudian. Apa yang telah berlaku sebenarnya?
Pada cuti umum Tahun Baru Cina yang lalu, saya membawa keluarga saya untuk ‘Cuti-cuti Malaysia’. Dengan bajet terhad, kami suami isteri mencari jalan yang terbaik untuk menikmati percutian yang menyeronokkan. Kami dapati salah satu daripada sumber kebocoran utama ketika bercuti adalah memenuhi permintaan anak-anak yang inginkan pelbagai barangan seperti makanan, minuman dan juga cenderamata. Maklumlah, mana ada ibubapa yang sanggup menidakkan permintaan anak-anak terutamanya dalam suasana percutian.
Dengan izin Allah, kami mendapat satu idea iaitu dengan memberikan duit poket sebanyak RM50 setiap seorang. Kami juga pastikan kefahaman sebaik-baiknya diberikan kepada mereka atas tindakan kami tersebut. Peraturannya mudah, sepanjang percutian ini, mereka bebas membeli apa sahaja yang mereka inginkan dengan menggunakan duit poket tersebut. Kami tidak akan membelikan apa-apa kecuali atas dasar ‘belanja anak-anak’. Alhamdulillah mereka nampaknya memahami penerangan yang kami berikan. Sebelum itu, satu syarat wajib yang kami kenakan adalah mereka semua hendaklah menyimpan 10% daripada jumlah duit poket. Bukannya banyak manapun, hanya RM5 sahaja.
Percutian pun bermula dan kami memerhatikan sahaja gelagat mereka berbelanja. Yang sulung agak berhemah dalam berbelanja, sudah mampu membezakan yang mana satu saya boleh tunggu dan yang mana saya betul-betul inginkan. Anak yang kedua sangat teruja, apa sahaja yang diinginkan pasti dia akan beli sehingga kami terpaksa mengingatkannya berkali-kali. Si kecil hanya mengerti bahawa dia ada duit namun kurang pasti bagaimana untuk menggunakannya. Dia lebih banyak menggunakan wajah comelnya untuk mencairkan hati abahnya terutamanya untuk melaksanakan dasar ‘belanja anak-anak’.
Perkara ini perlu dilakukan bersama-sama. Isteri saya mencatatkan setiap perbelanjaan dan mengira jumlah perbelanjaan harian manakala saya pula banyak mengingatkan mereka agar sentiasa beringat ketika berbelanja. Proses ini berakhir di penghujung bulan lalu (benar, kami lanjutkan tempohnya hamper dua bulan) dan ia berakhir dengan pengiraan beramai-ramai. Di penghujung pengiraan, berderailah air mata anak bujang saya yang kedua itu.
Dalam sendu tangisnya itulah saya mengambil kesempatan untuk menasihatkan mereka tentang kepentingan berjimat-cermat, perbelanjaan berhemah dan yang paling penting memohonnya faham tindakan saya yang kadangkala tidak membenarkan sesetengah pembelian dengan sewenang-wenangnya. Riak wajah mereka dan bahasa badan mereka menunjukkan mereka faham dengan pengalaman yang mereka lalui. Samada mereka terkesan dengan pengalaman tersebut ataupun tidak, satu tindakan susulan perlul dilakukan.
Keberkesanan proses pendidikan ini tidak dapat dilihat dalam sekelip mata, namun sudah ada kesan positifnya. Bulan-bulan mendatang saya akan meneruskan proses pendidikan ini untuk menjadikan perbelanjaan berhemah menjadi amalan mereka. Secara tidak langsung mengingatkan diri ini untuk sentiasa berbelanja secara berhemah.
Jangan jadi ibu ketam yang mengajar anaknya supaya berjalan betul. Oh ya, mujur pada awalnya kami mewajibkan mereka menyimpan RM5, maka anak saya mempunyai baki wang sebanyak RM5.90 sebagai simpanan.
Oleh: Sunardi Maulan (terima kasih atas perkongsian ini)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...